Program Riang Ria Keluarga KETENGAH.

Program Riang Ria Keluarga KETENGAH kali ke 2/2018 telah diadakan pada 14 Julai 2018 bertempat di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Di antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, acara mewarna bagi kanak-kanak, mewarna batik, merebut coklat dan cabutan bertuah turut disediakan. Hadiah kemenangan kepada peserta telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) merangkap Presiden Kelab Keluarga KETENGAH, Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Khidmat Pengurusan merangkap Pengerusi AKRAB dan Puan Hajah Siti Shamsidar binti Zainuddin,  Timbalan Pengerusi II Puspanita Cawangan Kecil KETENGAH. Terima kasih juga atas sokongan MBJ KETENGAH. Kemuncak kemeriahan dirasai apabila semua peserta dijamu selera dengan hidangan buah Durian sebagai tanda menghargai sokongan semua.

KEMERIAHAN AIDILFITRI DALAM KESEDERHANAAN
Mini Konvensyen KIK KETENGAH.

Artikel Lain