Program sehari YBhg Dato� Pengurus Besar di Bandar Seri Bandi

Pengurusan Tertinggi KETENGAH hari ini 21 September 2015 turun padang ke Bandar Seri Bandi, Kemaman bagi meninjau perkembangan terkini projek pembangunan yang telah dilaksanakan, diantaranya ialah Pusat Penetasan Puyuh dan bersua muka dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Cawangan KETENGAH Bandar Seri Bandi. Semasa perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan KETENGAH Bandar Seri Bandi, YBhg Dato’ berkata “ Pegawai dan Kakitangan Pejabat Cawangan haruslah mempunyai semangat kerja berpasukan, berintegriti dan sentiasa mematuhi disiplin yang telah ditetapkan oleh jabatan”. YBhg Dato’ Pengurus Besar juga mendengar masalah yang dihadapi dan berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera. Sebelum itu YBhg Dato’ Pengurus Besar menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Dewan Serbaguna kepada Pengerusi JKKK Kampung Sungai Ibok iaitu Haji Mohamad bin Ab Halim.

placeholder
Terima Kasih Datuk Seri KSU
placeholder
Selamat Hari Raya Aidiladha

Artikel Lain