Program Senamrobik KETENGAH kali 1/2017

Program Mesra Kasih Bersama Rakyat
24/03/2017
Passion To Lead Rural Transformation
30/03/2017

Program Senamrobik KETENGAH kali 1/2017

Bagi mengekalkan kecergasan dikalangan pegawai dan kakitangan KETENGAH, Pihak Pengurusan KETENGAH telah menganjurkan satu program Senamrobik KETENGAH kali 1/2017. Program ini telah berlangsung di BALORA Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu, pada 28 Mac 2017. Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senamrobik yang dilakukan akan menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan.

Ia juga senaman yang menyeronokkan dimana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang lain. Disamping itu, program ini memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.

Program yang diuruskendalikan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH ini, diketuai oleh Che engku Fariza binti Che Engku Kassim, pengajar dari Fitness and sliming Centre , Dungun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *