Program Tautan Kasih

Program Tautan Kasih Rumah Ehsan AMBS Bersama Pengerusi KETENGAH telah diadakan pada 24 Januari 2019, bertempat di Rumah Ehsan Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).

Program  kerjasama antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama Tenaga Nasional Berhad Terengganu bertujuan untuk mendekati serta memahami kehidupan warga Rumah Ehsan AMBS ini.  Taklimat ringkas berkaitan Rumah Ehsan AMBS telah disampaikan oleh Encik Zainuddin Alias, Pengetua Rumah Ehsan AMBS.

Encik Mohd Nazri bin Putih, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad telah menyampaikan sumbangan cek sebanyak RM5,000.00 kepada Yang Berbahagia Dato’Haji Alwi Said, Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Ehsan AMBS dan disaksikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Pengerusi Pelitawanis TNB Terengganu iaitu Puan Noor Afidah turut menyampaikan sumbangan keperluan harian penghuni Rumah Ehsan AMBS.

YBhg Dato’ Haji Zulkifli Mohamad seterusnya melawat penghuni-penghuni Rumah Ehsan sambil menyampaikan sumbangan pek makanan dari KETENGAH dan pek keperluan harian dari TNB kepada 101 orang penghuni. Hadir sama ke program tersebut ialah Yang Mulia Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Pengurusan KETENGAH, Pengurusan TNB dan juga Encik Norazaman Abd Manaf, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu.

Majlis Amanat Tahun Baharu KPLB 2019
placeholder
Harga Tiket Santuari Kelah Tasik Kenyir 2019

Artikel Lain