Program Transformasi Belia Luar Bandar

Bertempat di Pusat Latihan Felda Kerteh 2 & 3, Paka, Dungun, seramai 181 orang belia menyertai Program Transformasi Belia Luar Bandar Wilayah KETENGAH Tahun 2013 bermula pada 12 hingga 12 Mac 2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan KETENGAH. Objektif pelaksanaan kursus ini adalah untuk merubah minda peserta yang terdiri daripada golongan belia dalam lingkungan umur 18 hingga 35 tahun supaya mereka bersikap lebih positif agar mampu merebut peluang yang ada bagi mengubah taraf hidup mereka di masa hadapan. Program ini telah dikendalikan oleh pihak KBI Training & Consultancy yang telah dilantik oleh pihak KKLW bagi mengendalikan program tersebut di setiap negeri. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh peserta sepanjang program tersebut berlangsung termasuk Qiamullail, solat berjemaah dan latihan dalam kumpulan. Selain itu, sesi career matching turut diadakan bagi memberikan pededahan kepada peserta tentang peluang-peluang yang boleh mereka ceburi di setiap agensi yang mengambil bahagian iaitu MARA, KEMAS, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, Jobs Malaysia dan juga Kolej KETENGAH. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai di KETENGAH.

placeholder
Kenyir Lake International Triathlon 2014
placeholder
Majlis Pelancaran Sistem ePengesahan dan Peluasan SSMI

Artikel Lain