Pusat Hemodialisis Kini Beroperasi

Pusat Hemodialisis yang beroperasi di RTC Terengganu telah memulakan operasi pada hari ini 8 Mac 2015. Sebanyak 6 unit mesin telah ditempatkan di pusat ini dan dikawal selia oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Dengan pengoperasian pusat ini, pesakit yang tinggal di sekitar RTC Terengganu di mana sebelum ini terpaksa berulang alik ke Hospital Dungun, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan kini tidak perlu lagi berbuat demikian dan menarik nafas lega. Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH sempat turun padang meninjau operasi pusat berkenaan. Hadir Sama Pegawai Perubatan dan Staff dari JKNT. Pengurus Besar KETENGAH juga meninjau persiapan tempat bagi Sambutan Ulang Tahun ke 42 KETENGAH yang akan bermula pada 11 – 13 April 2015.

placeholder
KETENGAH UniSZA runding kata sepakat
placeholder
Karnival Pembangunan KETENGAH ke-42

Artikel Lain