• Bulan (Sabit) dan Bintang: Melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
  • Buku: Melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
  • Bunga Padi: Melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan.
  • Bunga Raya : Melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan Negara.
  • P dan PA: Melambangkan kewanitaan.
  • Warna Emas: Melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecermelangan.
  • Warna Ungu: Melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.

DASAR

  • Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara di era k-ekonomi dan globalisasi.
  • Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan sahsiah dan kecemerlangan diri.
  • Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke arah membanteras gejala sosial.

STRATEGI

  • Meningkatkan jumlah keahlian.
  • Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di kalangan ahli-ahli.
  • Mengadakan perkongsian pintar antara Puspanita dengan badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar kerajaan:-
    • Ke arah merealisasikan wawasan 2020
    • Mewujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas.
    • Penerapan nilai-nilai murni.
    • Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar.

LAGU PUSPANITA

PUSPANITA PUSPANITA PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA PUSPANITA PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan bersatu padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu

Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik diasah
Sifat kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah

PUSPANITA PUSPANITA PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA PUSPANITA PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita