Raja Muda berbuka dan berterawih di AMBS

Yang Di-Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Kurniaan Hari Raya, Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), pada 14 Jun 2016 bersamaan 9 Ramadhan 1437H.

Tengku Muhammad Ismail tiba, kira-kira jam 6.30 petang dengan diiringi Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Luar Bandar, Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam, Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mat Yassim Awang dan Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar Ismail.

Seramai 500 penduduk menyambut ketibaan Tengku Muhammad yang kemudian menyampaikan sumbangan hari raya kepada kanak-kanak miskin. Pada majlis itu, Tengku Muhammad Ismail turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin, ibu tunggal, dan mualaf. Tengku Muhammad Ismail kemudiannya berbuka puasa bersama penduduk dan menunaikan solat Tarawih.

placeholder
Kursus Asas Keusahawanan
placeholder
KEWAJIPAN BERPUASA

Artikel Lain