RM20 Juta diluluskan Kerajaan Bagi Menangani Masalah Rakyat

Program Mesra Rakyat
01/05/2018
Program Mesra Rakyat Bandar Ketengah Jaya.
05/05/2018

RM20 Juta diluluskan Kerajaan Bagi Menangani Masalah Rakyat

Projek Pemajuan Kawasan (PPK) merupakan satu lagi janji kerajaan dalam membela nasib rakyat . Sebanyak RM20 Juta telah diluluskan kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar &  Wilayah bagi Projek Pemajuan Kawasan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Komponen pembangunan meliputi pembinaan 130 unit teres, 4 unit lot kedai, surau, tadika dan infrastuktur asas seperti jalan, bekalan air, bekalan elektrik dan sistem kumbahan. Majlis pecah tanah program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH mewakili YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Sebanyak 100 cabutan bertuah dan 6 cabutan bonanza turut diadakan. Di samping itu 53 orang telah menerima suratan hakmilik tanah, 17 orang menerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP)dan 52 orang asnaf telah menerima zakat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *