Selamat Bersara Kepada Warga KKLW

Bengkel Perbentangan Prestasi Anak-anak Syarikat KETENGAH
14/01/2018
JALINAN KASIH DAN JOM BANTU RAKYAT DUN AJIL
20/01/2018

Selamat Bersara Kepada Warga KKLW

PUTRAJAYA 17 Jan. – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengalu-alukan idea dan cadangan daripada kakitangannya yang telah bersara atau bertukar ke agensi kerajaan lain demi kebaikan semua pihak.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, biar pun telah meninggalkan kementerian tersebut, matlamat yang dikongsi oleh setiap kakitangan awam tetap sama iaitu mahu memastikan perkhidmatan kerajaan disampaikan kepada rakyat dan pelanggan di mana jua berada.

Menurutnya, langkah itu sekali gus dapat membantu menjayakan aspirasi dan wawasan negara.

“Mungkin dahulu atas faktor kesibukan menangani tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, kita tidak mempunyai masa panjang untuk berfikir secara kreatif tentang perkara yang boleh ditambah baik.

“Kemukakanlah cadangan penambahbaikan yang berkaitan di mana jua berada, tidak kira di agensi swasta atau korporat, di kampung halaman mahu pun di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis persaraan dan pertukaran pegawai KKLW sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini di sini, malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 110 pegawai dan kakitangan KKLW bersara dan bertukar ke agensi kerajaan lain.

Dalam pada itu, mengulas pencapaian KKLW sepanjang tahun lalu, Ismail Sabri menjelaskan, berdasarkan maklum balas yang diterima, kerajaan terutama kementeriannya dan agensi di bawahnya telah mencapai hampir 100 peratus sasaran kerja ditetapkan.

Katanya, kejayaan itu merupakan sumbangan semua warga kementerian tersebut sama ada yang sedang berkhidmat atau telah bersara pada tahun lalu. –

Pihak KETENGAH turut membawakan Tarian Saba yang ditarikan oleh Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai.

sumber UTUSAN ONLINE

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *