Selamat Bersara

Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang setelah menabur baktinya selama 35 tahun di KETENGAH. Jawatan terakhirnya ialah sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan ) KETENGAH. Beliau merupakan seorang ketua yang mesra, sentiasa tersenyum dan dedikasi dalam menjalankan tugas.

Seluruh warga KETENGAH amat terhutang budi dan menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan beliau. Semoga segala pengorbanan masa, tenaga dan idea yang disumbangkan demi pembangunan Wilayah KETENGAH mendapat ganjaran yang lebih besar daripada Yang Maha Esa. Sebelum itu satu majlis sempena persaraan beliau telah diadakan di Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Hadir sama dalam majlis tersebut Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH yang sama sama mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang.

Kalau Pergi ke Jonggok Batu
Jangan lupa membawa senapang
Biar jauh beribu batu
Budi dan jasa Mu tetap dikenang

Mula berakit di Pasir Raja
Bawa bersama si anak dara
Hati kami ikhlas berbicara
Untuk ucapkan selamat bersara

placeholder
Jamuan Hari Raya KETENGAH
placeholder
Sumbangan kepada Pesara KETENGAH

Artikel Lain