Seminar Peningkatan Profesionalisme Pegawai KETENGAH

Pada 14 November 2017 (Selasa), telah berlangsung satu seminar bagi meningkatkan profesionalisme pegawai yang bertugas di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertempat di The Qamar Paka, Terengganu.

Peningkatan profesionalisme adalah item yang amat penting kepada mereka kerana tahap kecekapan, akauntabiliti , tanggungjawab, kesetiaan dan komitmen beserta tingkahlaku yang positif akan membawa kepada pencapaian matlamat dan objektif organisasi. Disamping itu mereka berkemampuan mengolah maklumat dan pengetahuan yang banyak dengan ketajaman daya analisisnya serta kemampuan untuk berfikir secara matang. Ini akan membolehkannya bertindakbalas dengan cepat terhadap perkembangan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan dunia yang sentiasa berubah dengan dinamik.

Seminar ini telah dikendalikan oleh 3 orang penceramah yang dimulai oleh YBhg. Datuk Sayuti bin Mukhtar, penceramah dari JASA. YBhg Tuan Haji Redza bin Arshad, dari MKN mengisi slot kedua dengan tajuk ceramah “Kesedaran Keselamatan Negara Berlandaskan Maqasid Syariah Berteraskan Perlembagaan Persekutuan” . Slot terakhir pula dikendalikan oleh Dr. Faridah bt Mat daripada KEMAS. Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari kumpulan pengurusan dan profesional telah mengikuti seminar ini.YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH telah merasmikan penutupan seminar ini.

placeholder
Perhimpunan Bulanan KETENGAH
placeholder
Kursus Asas Projek Tanaman Fertigasi

Artikel Lain