Skuad Sukarelawan KETENGAH Turut Membantu

Bagi meringankan beban dan masalah yang dihadapi oleh penduduk di wilayahnya yang terkesan akibat musibah banjir, Pegawai dan Kakitangan KETENGAH membentuk satu skuad sukarelawan dalam misi membersih kawasan rumah penduduk yang dilanda banjir pada dua hari lepas. Lokasi pilihan mereka adalah di Kampung Wa, Dungun, Terengganu pada 7 Januari 2017. Program sebegini bukan sahaja membantu meringankan masalah yang dihadapi penduduk, malah pegawai dan kakitangan KETENGAH dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara mereka. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, turut turun padang membantu. Beliau kemudianya meninjau pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Kampung Durian Mentangau yang masih menempatkan 37 keluarga.

placeholder
Bantuan segera dihulurkan.
placeholder
Lawatan YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Menceriakan Mangsa Banjir.

Artikel Lain