Soalan Lazim

1Adakah KETENGAH menyediakan perkhidmatan penyewaan kanopi, kerusi meja serta dewan?
Ya, KETENGAH menyediakan kemudahan kanopi, kerusi meja serta dewan untuk disewa.
2Jika saya ingin menyewa perkhidmatan di atas, dengan bahagian manakah saya boleh berhubung?
Permohonan penyewaan boleh dibuat kepada Bahagian Tanah & Kuasa Tempatan, KETENGAH.
3Saya ingin memohon untuk mendapatkan gerai bagi tujuan perniagaan, dengan bahagian manakah saya perlu berurusan?
Bagi permohonan penyewaan gerai/bengkel di Al Muktafi Billah Shah, permohonan bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Tanah & Kuasa Tempatan, manakala bagi permohonan gerai/bengkel di perbandaran bolehlah di kemukakan ke Pejabat KETENGAH Perbandaran (Bukit Besi, Ketengah Jaya, Ceneh Baharu dan Seri Bandi).
4Bagaimanakah caranya jika saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan sempadan lot rumah saya?
Maklumat berkenaan sempadan tanah boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tunjuk Tanda Sempadan yang telah disediakan di Bahagian Tanah & Kuasa Tempatan, borang ini juga boleh didapati di Pejabat KETENGAH Perbandaran (Bukit Besi, Ketengah Jaya, Ceneh Baharu dan Seri Bandi).
5Bilakah suratan hakmilik (geran) rumah KETENGAH boleh diambil oleh penyewa?
Suratan hakmilik (geran) rumah KETENGAH boleh diambil oleh penyewa apabila perkara berikut telah diselesaikan: Menjelaskan bayaran keseluruhan harga rumah tersebut.Telah menandatangani perjanjian jual beli rumah tersebut.Mengemukakan borang pengesahan daripada Bahagian Perumahan.
6Bagaimanakah cara untuk membuat aduan bagi sesuatu perkara ?
Pengguna perlu ke pautan pantas yang terletak di sebelah kanan (pada menu utama) dan mencari item 'e-perkhidmatan'. seterusnya klik pada item 'sistem aduan' untuk membuat aduan. pengguna perlu mengisi borang yang telah disediakan.
7Bagaimanakah cara untuk mengetahui senarai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak KETENGAH?
Pengguna perlu menekan butang utama seterusnya klik pada 'warga KETENGAH' dan seterusnya klik pada 'tender dan sebutharga'. sekiranya terdapat sebarang projek yang akan dijalankankan, senarai projek akan dipaparkan.
8Bagaimanakah cara untuk mengetahui lokasi atau tempat menarik yang terdapat di dalam wilayah KETENGAH?
Pengguna perlu klik pada menu 'pelancong' dan senarai tempat-tempat menarik akan dipaparkan. pengguna perlu menekan nama tempat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan kawasan tersebut.
9Berapa lamakah tempoh penilaian yang dibuat bagi permohonan projek?
Setiap permohonan yang diterima oleh KETENGAH yang disertakan dengan maklumat-maklumat lengkap sebagaimana ditetapkan akan dibuat proses penilaian dalam tempoh tiga (3) bulan oleh Pengurusan KETENGAH.