Sumbangan Bantuan Tabung Amanah

KETENGAH amat prihatin dengan keadaan masyarakat yang kurang bernasib baik dalam Wilayah ini. Oleh hal yang demikian, satu majlis penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH telah diadakan pada 10 julai 2014 bertempat di Kg Serdang. Seramai 162 orang dari DUN Rantau Abang dan DUN Paka telah menerima bantuan ini yang berbentuk wang tunai sebanyak RM 300. Bantuan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato Haji Din bin Adam yang merupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) Parlimen Dungun. Beliau menasihatkan agar berbelanja secara berhemah dalam persiapan menyambut Aidilfitri nanti dan sentiasa bersyukur diatas bantuan yang diberikan. Hadir sama dalam majlis tersebut Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar , Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad Tim. Pengrurus Besar (Operasi), pengurus-pengurus bahagian dan juga pegawai KETENGAH. YBhg. Dato Din bin Adam juga berkesempatan bertanya khabar dan memberikan bantuan berupa hamper dan wang RM 300 kepada golongan sakit melarat dan orang kurang upaya (OKU) di kediaman masing-masing yang berjumlah seramai 5 orang.

placeholder
Program Memasak Bubur Lambuk
placeholder
Majlis Berbuka Puasa Wilayah KETENGAH

Artikel Lain