Sumbangan kepada Pesara KETENGAH

Pihak Pengurusan KETENGAH tidak pernah melupai jasa dan bakti Pesara KETENGAH. Merekalah yang sama-sama berjuang membangunkan Wilayah KETENGAH ini daripada hutan belantara kepada bandar yang selesa didiami sekarang. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH berkesempatan menziarahi pesara yang sakit melarat di Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun Terengganu.

Beliau telah mendengar luahan dan rintihan mereka serta menyampaikan sedikit sumbangan. Hadir sama mengikuti lawatan tersebut En Mohd Ali bin Kasim, Setiausaha Persatuan Pesara KETENGAH dan Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad , Pengurus Khidmat Pengurusan KETENGAH.

placeholder
Selamat Bersara
placeholder
Lawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Ke Terengganu

Artikel Lain