Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen 104.
Kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah :
Bagi maksud Akta 104, Menteri boleh, dengan persetujuan Kerajaan Negeri, dari masa ke semasa, menetapkan melalui pemberitahu dalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan di mana Lembaga akan menjalankan tugas-tugasnya di bawah Akta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu hendaklah dinamakan sebagai "Kawasan Terengganu Tengah".
Walau apapun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Terengganu Tengah.
Selain daripada kuasa yang diperuntukkan secara nyata di dalam Akta KETENGAH, Kerajaan Negeri melalui Enekmen 17 Tahun 1972 :
Membenarkan Kerajaan Negeri menyerahkan kuasa yang dipunya olehnya untuk dijalankan oleh KETENGAH.
Kuasa sebagai Pemungut sepertimana peruntukan Kanun Tanah Negara.
Mengguna pakai peruntukan tugas-tugas sebagai Jemaah Bandaran.