Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH

Majlis Penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh KETENGAH sebagai salah satu medium bagi menzahirkan keprihatinan terhadap kumpulan sasar. Penyumbang terbesar kepada tabung ini adalah syarikat-syarikat anak KETENGAH di mana sebahagian daripada keuntungan mereka telah disalurkan kepada tabung ini.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH 2016 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu, pada 8 September 2016.

Pada hari ini seramai 1041 orang penduduk miskin daripada 41 buah kampung dalam Wilayah KETENGAH yang terdiri daripada DUN Ajil 120 orang, DUN Bukit Besi 637 orang, DUN Rantau Abang dan Paka 115 orang dan 133 orang daripada DUN Kijal telah menerima sumbangan. Sebelum itu YB Timbalan Menteri telah berkunjung ke Kampung Padang Pulut bagi menghadiri program minum pagi bersama penduduk kampung berkenaan dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

placeholder
Anugerah Emas ICQCC Bangkok
placeholder
Kursus Kemahiran Gunting Rambut Lelaki

Artikel Lain