Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH

DUN Air Putih menjadi lokasi pertama bagi pelaksanaan acara tahunan KETENGAH iaitu Majlis Penyampaian Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Bagi tahun 2016, sebanyak 12 buah kampung di bawah DUN Air Putih melibatkan 478 orang penerima telah dikenalpasti bagi menerima sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Haji Wan Mokhtar telah diadakan bertempat di Dewan Sivik, Air Putih pada 15 Jun 2016. Seramai 300 orang yang terdiri daripada penduduk miskin telah menerima sumbangan wang tunai dari Yang Berhormat. Manakala penerima yang lain, yang terdiri daripada pesakit melarat dan juga golongan Orang Kelainan Upaya akan menerima sumbangan di rumah masing-masing.

Sumbangan yang diberikan ini diharapkan dapat membantu golongan yang memerlukan ini memenuhi keperluan masing-masing terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Hadir sama ke majlis ialah YM Tengku Ahmad Nazri bin Tengku Musa, mewakili Pengurus Besar KETENGAH serta pegawai-pegawai kanan KETENGAH.

placeholder
KEWAJIPAN BERPUASA
placeholder
Bengkel Penerangan RBC

Artikel Lain