Tahniah dan Syabas Kumpulan SPECTRA dan TULIP

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menyertai Konvensyen Wilayah Team Excellence (RTEx) Peringkat Wilayah Tengah 2018 yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, Selangor pada 24 hingga 25 Julai 2018. Sebanyak 2 kumpulan yang mewakili KETENGAH di konvensyen tersebut telah berjaya mendapat anugerah emas. Kumpulan Spectra dan Tulip telah meletakkan nama KETENGAH sebaris dengan agensi kerajaan yang lain memenangi anugerah tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua ahli kumpulan yang terlibat. Tidak lupa juga, barisan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

  

Mini Konvensyen KIK KETENGAH.
Program Senamrobik dan Perhimpunan Bulanan KETENGAH

Artikel Lain