TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN

Satu Pasukan, Satu Suara, Satu Hati
20/01/2018
Pelancaran Gotong Royong Perdana 2018
01/02/2018

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN

Bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al-Muktafi Billah Shah, seramai 211 orang graduan telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-2 Kolej KETENGAH Tahun 2018 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH pada 27 Januari 2018. Dalam ucapan beliau,” saya berharap para graduan akan berusaha untuk mempelbagaikan lagi kemahiran dan dapat mengharungi perkembangan semasa dunia pekerjaan yang semakin kompleks dan intelek serta memacu peningkatan produktiviti bagi pencapaian kerjaya yang lebih baik. Tidak dilupakan juga, saya memohon para graduan untuk melibatkan diri secara aktif sebagai Alumni Kolej Ketengah”.

Majlis Konvokesyen yang dianjurkan ini menyaksikan kejayaan graduan-graduan dari Kursus Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Separuh Masa, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sepenuh Masa, Program Latihan dan Kemahiran – Sijil Industri Kimpalan 6G, Sijil Kemahiran Keselamatan Industri dan Sijil Insulasi Paip Gas yang ditawarkan oleh Kolej KETENGAH dengan kerjasama beberapa institusi pengajian dalam negara. Di samping itu, seramai 12 orang graduan turut menerima Anugerah Kecemerlangan sempena Majlis Konvokesyen tersebut.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Encik Ahmad Kamal Idris bin Mohd Nawawi, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin bin Md. Zaki, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KETENGAH Holding Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Pengarah Kolej KETENGAH, Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KETENGAH, pengurusan kanan KETENGAH, pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai kolej.

Majlis Konvokesyen Ke-2 Kolej KETENGAH tersebut yang diiringi oleh Kumpulan Gamelan Kelab Kebudayaan UiTM Terengganu turut dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan koir Kolej KETENGAH dan juga persembahan nyanyian dari graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Separuh Masa iaitu Puan Ayani binti Jamri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *