Jarak perjalanan kira-kira 15 minit dari Jeti Pengkalan Gawi untuk sampai di Pulau Terengganu Mati, terdapat Taman Burung tropika yang merupakan habitat kepada 153 pelbagai jenis burung dan 17 spesis daripadanya terbang dengan bebas. Selebihnya ditempatkan di dalam kawasan besar yang berpagar dan menyerupai persekitaran semulajadi burung yang mampu memberi ruang kepada pengunjung untuk mengenal dan melihat burung-burung dengan lebih dekat. Taman burung ini bertujuan memastikan pemeliharaan ekosistem semulajadi hutan hujan tropika bagi mengimbangi keperluan alam sekitar flora dan fauna.

Taman_Burung

Taman_Burung

Taman_Burung