Taman Orkid merangkumi Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit. Ia terletak kira-kira 20 minit dari Jeti Pengkalan Gawi. Di Taman Orkid, terdapat pelbagai spesis orkid liat termasuklah dari spesis orkid tempatan dan juga antarabangsa yang dikacuk dan begitu unik sekali. Orkid-orkid di sini mekar dengan cantiknya dan mampu membuat pengunjung terpukau melihat warnanya yang sangat mempersonakan. Taman Orkid ditubuhkan sebagai hub bagi penanaman orkid, pemeliharaan dan penyelidikan. Taman ini mengekalkan ekosistem semulajadi untuk membolehkan keajaiban alam semulajadi untuk terus hidup dan membiak.

Taman_Orkid

Taman_Orkid

Taman_Orkid

Taman_Orkid

Taman_Orkid

Taman_Orkid

Taman_Orkid