Transformasi Kendiri dan Cakna Solat

Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, pembangunan kerohanian dan modal insan harus seiring dengan anjakan paradigma menjelang wawasan 2020. KETENGAH sentiasa mengadakan program untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara. Dalam konteks ini, satu “Program Transformasi Kendiri dan Cakna Solat” telah dianjurkan pada 25-27 Dec 2014 bertempat di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Program ini telah disertai seramai 66 lelaki dan 64 orang perempuan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing kerana merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa depan.

placeholder
TPM Lawat Mangsa Banjir Di Kg Durian Mentangau
placeholder
PB Tinjau Keadaan Banjir Sekitar Wilayah

Artikel Lain