Penubuhan Unit Integriti merupakan satu lagi komitmen kerajaan bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan pada masa sama meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan agensi-agensi awam sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013: Penubuhan Unit Integriti Di semua Agensi Awam.

Unit Integriti KETENGAH telah diwujudkan secara rasmi mulai 1 Januari 2014 dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengurus Besar dan dikawal selia oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

FUNGSI TERAS/UTAMA UNIT INTEGRITI
TADBIR URUS

team

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

PENGUKUHAN INTEGRITI

interview

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

PENGESANAN DAN PENGESAHAN

spy

Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.

PENGURUSAN ADUAN

ticket

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

PEMATUHAN

auction

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

TATATERTIB

organization-chart

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib