maklumat korporat
|
Pembangunan Insan & Pendidikan
- Menyediakan program-program lpembangunan insan dan kemasyarakatan kepada penduduk Wilayah KETENGAH.
- Meningkatkan pemantapan kerohanian masyarakat Wilayah KETENGAH melalui program ceramah agama, usrah, pengajian Al-Quran, Program Rakan Masjid dan melaksanakan 4 program Sambutan Hari Kebesaran Islam yang melibatkan kumpulan seramai 30,000 orang.
- Melaksanakan program pengukuhan kepimpinan dan NGO's kepada seramai 1,500 orang daripada 4,000 orang keahlian dan kepimpinan belia dan masyarakat melalui program-program pembentukan sahsiah, pengukuhan belia, kursus kepimpinan dan pengurusan pertubuhan serta program pemimpin bersama rakyat.
- Melaksanakan Program Kecemerlangan Pendidikan melalui aktiviti Klinik/Seminar Peperiksaan, Program Peningkatan Mata Pelajaran Kritikal, kelas intensif Bahasa Inggeris, Kem Motivasi Keluarga Cemerlang dan Seminar Motivasi Peperiksaan kepada 1,200 orang pelajar daripada 5,517 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama di 40 buah sekolah rendah dan 13 buah sekolah menengah.
|
|
pautan pantas
Kalendar
|