Ketengah sebagai peneraju pembangunan wilayah dalam tempoh 10 tahun beriltizam memastikan kesejahteraan penduduk melalui peningkatan pendapatan, taraf kualiti hidup dengan mewujudkan program-program strategik yang berpacukan sasaran.
Misi KETENGAH akan dijelmakan dalam tiga dimensi menjelang tahun 2010 :
- Organisasi
- KETENGAH menjadi organisasi yang terkemuka dalam pembangunan wilayah.
- Kawasan
- Menjadikan Wilayah KETENGAH sebagai tempat kediaman dan kawasan industri/perusahaan yang terbaik.
- Insan ( Manusia )
Penduduk wilayah KETENGAH merupakan insan yang berilmu, berteknologi, berkemahiran dan seimbang di dalam segala lapangan hidup (Khairul Ummatun).