maklumat korporat
|
objektif
Objektif adalah berasaskan Perancangan Strategik KETENGAH sepuluh tahun (2001-2010) dengan matlamat : - Melahirkan sekurang-kurangnya 5,000 orang "Ketengah - MAN" atau ringkasnya K-Man yang mempunyai ciri-ciri purata pendapatan bulanan tidak kurang RM2,000, komputer peribadi di setiap rumah, berpendidikan sekurang-kurangnya SPM, anak-anak belajar di IPT, mempunyai kereta serta berperibadian mulia.
- Memberi tumpuan yang jitu ke arah pembangunan usahawan dengan bermatlamat untuk menambah pendapatan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) kepada sekurang-kurangnya RM1,000 ke atas.
- Menjadikan kawasan-kawasan indah di Wilayah KETENGAH termasuk Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancong terkemuka di rantau Asia Tenggara.
- Melahirkan masyarakat KETENGAH yang celik komputer dan segala pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang kerja.
- Mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang berpacukan pasaran dalam pelbagai bidang termasuk berasaskan sumber dan perkhidmatan dalam usaha melahirkan usahawan dalam Wilayah KETENGAH.
- Pengwujudan peluang-peluang pekerjaan dengan pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan juga industri berat.
- Mengadakan kemudahan pendidikan dan latihan untuk penduduk memperolehi peluang bagi mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan ilmu untuk lebih berdaya saing.
- Meneruskan aktiviti penyediaan kemudahan fizikal untuk mempertingkatkan kualiti hidup disamping melahirkan usahawan dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan.
- Melaksanakan pendekatan baru Pembangunan Insan berdasarkan matlamat yang jelas sebagai pelengkap kepada program melahirkan K-Man.
|
|
pautan pantas
Kalendar
|