Sebagai peneraju pembangunan di dalam wilayahnya, KETENGAH telah memainkan peranan aktif dalam melaksanakan tanggungjawab meneruskan pembangunan yang mapan di lima buah bandar baru dan pusat pertumbuhan lain.
Program Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan yang dilaksanakan oleh KETENGAH tertumpu kepada tiga sektor utama iaitu penyediaan infrastruktur, kemudahan sosial dan perumahan.