Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbina akibat takungan air dari Empangan Kenyir yang telah siap dibina pada tahun 1985. Mempunyai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar dan mengandungi 340 buah pulau jadian yang asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air. Adunan keindahan alam semula jadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, banjaran bukit, gunung dan gua serta hutan yang diliputi flora dan fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai. KETENGAH telah mengambil langkah mengeksploitasi secara berkesan kedua-dua unsur iaitu air dan alam semula jadi dengan memberi fokus kepada pembangunan berasaskan Pendekatan 5A+1C (Attraction, Accessibility, Activity,Accommodation, Advertising & Promotion,Conservation & Reservation) untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang terunggul. |