maklumat korporat
|
piagam pelanggan
- Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, efisien dan sempurna selaras dengan fungsi Lembaga.
- Permohonan pelaburan akan siap diproses dalam tempoh tiga (3) bulan untuk kelulusan Jemaah Lembaga.
- Permohonan tanah yang lengkap butirannya akan diproses dalam tempoh tiga (3) bulan untuk diangkat kepada pihak berkuasa negeri.
- Menyediakan kemudahan perumahan dan ruang niaga yang bersesuaian, selesa dan mampu dimiliki.
- Menyediakan persekitaran bandar yang indah, bersih dan selesa melalui penyediaan kemudahan infrastruktur fizikal dan sosial berkualiti.
- Membantu dan menyelaras penyediaan infrastruktur fizikal, sosial dan ekonomi kampung tradisional.
- Memastikan program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dilaksanakan untuk mereka yang benar-benar layak.
- Menjalankan dan menggalakkan aktiviti promosi tempatan dan antarabangsa untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir.
- Melahirkan modal insan berkualiti melalui program pendidikan dan latihan, memperkasakan NGO's dan mengukuhkan nilai-nilai keagamaan.
- Meningkatkan kadar penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat di kalangan penduduk melalui program e-komuniti dalam wilayah KETENGAH.
- Melahirkan usahawan yang kompetitif melalui bantuan khidmat nasihat, pembangunan produk dan pemasaran yang berterusan.
- Melaksanakan perancangan perbandaran dalam Wilayah KETENGAH dengan mematuhi pelan perancangan fizikal semasa dan mengambil kira aspek-aspek pemuliharaan alam sekitar.
|
|
pautan pantas
Kalendar
|