Bahasa Malaysia | |
Bahasa Malaysia | |
|
Pembiayaan Ekonomi Desa1. Bilakah tawaran mengenai kursus-kursus usahawan luar bandar anjuran KKLW diiklankan kepada orang ramai?Pada kebiasaannya Jadual Kursus tahunan akan diiklankan setiap bulan Februari tahun tersebut. Sila layari laman web KKLW di http://www.rurallink.gov.my untuk mengetahui kursus yang ditawarkan ini. 2. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan maklumat tentang Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang ditawarkan oleh Kementerian ini.Pihak tuan boleh sama ada
Sekiranya pihak tuan menghadapi apa-apa masalah boleh berhubung terus dengan pihak Kementerian di talian 03-8886 3689/3693/3694. 3. Berapakah tempoh yang diambil bagi menilai permohonan SPED dan berapakah masa yang diambil oleh pemohon SPED untuk memperoleh wang pinjaman dari tempoh permohonan dibuat?Tempoh masa yang diambil bagi memproses permohonan SPED adalah amat bergantung kepada maklumat lengkap yang dikemukakan oleh pemohon. Pada amnya tempoh masa yang terlibat adalah seperti berikut:
4. Bagaimanakah caranya untuk menceburi bidang keusahawan?Pihak tuan boleh mengikuti program latihan dan bimbingan usahawan yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Senarai kursus ada dipaparkan di laman web KKLW. Pihak tuan juga boleh menghubungi Bahagian Ekonomi Desa, KKLW di talian 03-88863702. Pembasmian Kemiskinan1. Bagaimanakah caranya untuk memohon Bantuan Pembinaan Rumah bagi keluarga yang tidak berkemampuan?Permohonan untuk Program Bantuan Rumah (PBR) Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) boleh dikemukakan melalui JKKK Kampung ataupun melalui Pejabat Daerah yang berkaitan. 2. Siapakah yang layak untuk mendapat bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) ?Mereka yang layak menerima bantuan perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-
3. Apakah skop projek-projek ekonomi di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP)?Projek-projek ekonomi yang boleh dijalankan di bawah PPP adalah berasaskan:
4. Apakah bentuk-bentuk bantuan yang boleh diberikan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP)?PPP menyediakan bantuan kewangan (seed money) dan khidmat pengurusan untuk menjalankan projek-projek ekonomi. Bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:-
5. Bagaimana untuk peserta yang layak boleh mengikuti Kursus di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya ?Bagi mereka yang layak, permohonan boleh dibuat dengan:-
6. Apakah syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan di bawah Program ASB Sejahtera?Bantuan di bawah Program ASB Sejahtera diberikan kepada golongan Miskin Tegar yang berdaftar dalam Sistem Maklumat KIR Miskin Tegar – Sistem SPKR dengan keutamaan seperti berikut:-
7. Berapakah jumlah bantuan yang diberikan kepada setiap peserta miskin tegar bagi Program ASB Sejahtera yang dilaksanakan?Setiap penerima bantuan ASB Sejahtera akan disediakan peruntukan kewangan sebanyak RM5,000 untuk dilaburkan bagi perolehan saham ASB. Peruntukan ini akan ditagan (tagging) di atas nama peserta tersebut tetapi pelaburan pokok RM5,000 ini tidak akan menjadi milik peserta tetapi tetap akan terus menjadi hak milik Kerajaan. Peserta hanya akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen tahunan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun ASB peserta. 8. Di bawah Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) bantuan diberikan kepada siapa dan dalam bentuk yang bagaimana?Bantuan di bawah PTMS diberikan kepada golongan Miskin Tegar yang berdaftar dalam Sistem Maklumat KIR Miskin Tegar - Sistem SPKR dengan keutamaan seperti berikut:
Bantuan diberikan dalam bentuk pakej makanan tambahan yang seimbang dan berkhasiat di mana setiap keluarga yang dikenal pasti akan diberi bantuan pakej makanan sebanyak 5 bakul setahun. 9. Apakah skop bantuan yang diberikan di bawah Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) ?Skop bantuan yang diberikan kepada kumpulan sasar adalah bagi meningkatkan kecemerlangan akademik seperti mengikuti :
10. Siapakah kumpulan Sasar bagi Program Latihan kemahiran dan Kerjaya (PLKK)?Kumpulan sasar bagi pelaksanaan PLKK terdiri daripada golongan Miskin Tegar yang berdaftar dalam Sistem Maklumat KIR Miskin Tegar – Sistem SPKR dengan keutamaan seperti berikut:-
Pembangunan Desa1. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan untuk menaik taraf jalan kampung?Permohonan untuk naik taraf jalan kampung boleh diajukan terus kepada kementerian dengan menyatakan butiran jalan-jalan yang dipohon seperti panjang jalan, lebar jalan dan anggaran kos yang dipohon. Tiada borang khusus diperlukan. Medan Infodesa1. Bagaimanakah cara-cara permohonan untuk mendapatkan sebuah projek MID ?Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan sebuah projek MID ialah :
2. Apakah syarat-syarat untuk menjadi Pengurus MID?Syarat-syarat untuk menjadi seorang Pengurus MID adalah seperti berikut :-
Pengurusan Kewangan1. Bagaimanakah boleh kita ketahui bilakah bayaran dimasukkan ke bank?Semakan boleh dilakukan melalui sistem e-Maklum di laman web http://www.anm.gov.my. Sila masukkan maklumat yang dikehendaki oleh sistem tersebut. 2. Bagaimanakah caranya sekiranya pembekal tidak tahu atau sukar dalam melakukan urusniaga yang menggunakan sistem e-perolehan / e-shoppe?Penggunaan e-perolehan/ e-shoppe disediakan di Bahagian Kewangan, Belanjawan dan Perolehan di mana pembekal boleh diberi tunjuk ajar secara percuma oleh pegawai di Bhg. Kew, KKLW. 3. Siapakah yang patut dihubungi sekiranya terdapat masalah berkenaan kad- pintar e-perolehan?Sila hubungi Commerce Dot. Com Sdn Bhd di talian 03-79857777. 4. Apakah proses yang perlu dilakukan untuk daftar minat di Kementerian?Pembekal/ kontraktor/ perunding perlu datang sendiri ke Bahagian Kewangan, Belanjawan dan Perolehan, Aras 8, Blok D9, Kompleks D, KKLW, Putrajaya dengan membawa profil syarikat.
|
||
![]() |
|||
|
|||