Pilih Bahasa :
Kecilkan saiz teks Kembali semula saiz teks Besarkan saiz teks Tukar teks merah Tukar teks biru Tukar teks hijau Tukar teks oren Kembali semula warna teks
Latar Belakang Asal Latar Belakang Biru Latar Belakang Kelabu Latar Belakang Oren
Strategi Pembangunan
  1. Memberikan keutamaan kepada pembangunan manusia untuk melahirkan masyarakat yang bersikap positif dan peka terhadap pembangunan, berpengetahuan dan berpendidikan untuk memerangi masalah kemiskinan serta melahirkan usahawan bumiputera tempatan yang berkemahiran dan berdaya maju dan juga mewujudkan golongan pekerja yang terlatih dan bermotivasi.

  2. Melengkap dan meneruskan pembangunan bandar-bandar baru yang telah dibangunkan secara 'Incremental Urbanisation' dengan penekanan kepada peningkatan kemudahan dan infrastruktur supaya dapat mewujudkan suatu suasana tempat tinggal yang kondusif.

  3. Menggalakkan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui penyediaan kemudahan telekomunikasi, sistem Rangkaian Ketengah (Ketengah.Net) dan infrastruktur ICT untuk melahirkan masyarakat celik komputer bertujuan untuk merapatkan jurang digital (Digital Divide) antara masyarakat bandar dengan luar bandar.

  4. Menggalakkan pertumbuhan industri terutamanya industri pelancongan di Tasik Kenyir dan kawasan-kawasan indah dalam wilayah Ketengah melalui penyediaan kemudahan infrastruktur, aktiviti serta usaha-usaha promosi untuk mempertingkatkan lagi kemajuan dalam kawasan tersebut.

  5. Memajukan lagi sektor pertanian melalui penanaman pelbagai jenis tanaman menggunakan tanah berbaki dan terbiar melalui projek-projek yang boleh memberikan nilai tambah kepada hasil-hasil sedia ada.

  6. Meneruskan penyediaan infrastruktur dan pembangunan kawasan secara lebih sistematik di Kampung-kampung Tradisi bagi meningkatkan produktiviti dan taraf hidup penduduk.

  7. Melengkapkan infrastruktur asas meliputi rangkaian jalan, elektrik, bekalan air, telekomunikasi dan lain-lain supaya kawasan-kawasan di wilayah Ketengah ini senang dihubungi serta kemudahannya selaras dengan kemajuan pembangunan di negara ini.

  8. Turut memberi perhatian yang lebih kepada aspek kemajuan kerjaya, insentif dan latihan kepada pegawai dan kakitangan Ketengah bagi memastikan strategi-strategi di atas dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan.
pautan pantas
Kalendar
<< < Februari, 2012 > >>
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4