logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ πŠπ„π“π„ππ†π€π‡ πŸπŸ’πŸ’πŸ”π‡/πŸπŸŽπŸπŸ’πŒ

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah berjaya melaksanakan Program Perarakan Maulidur Rasul bertempat di Bandar Seri Bandi, Kemaman pada 28 September 2024 (Sabtu) bersamaan 24 Rabiul Awal 1446H.

Program yang diadakan melalui kerjasama dengan Jabatan- Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Daerah Kemaman serta penduduk dalam Wilayah KETENGAH ini telah dapat melibatkan penyertaan seramai 1,000 orang termasuk Pengurusan, Pegawai dan Kakitangan KETENGAH dan Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB), wakil ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta 16 Pasukan Kontinjen Perarakan terdiri daripada penduduk di Perbandaran Seri Bandi.

⁠Bagi memeriahkan lagi pengisian program, pertandingan kontinjen perarakan terbaik telah diadakan melalui sesi penilaian oleh jawatankuasa juri penghakiman yang telah dilantik dengan diketuai Pejabat Agama Daerah Kemaman. Bagi pertandingan kontinjen perarakan kali ini, Johan setiap kategori menerima hadiah wang tunai sebanyak RM600.00. Naib Johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dan tempat Ketiga sebanyak RM400.00. Manakala hadiah saguhati sebanyak RM200.00 kepada setiap pasukan kontinjen.

⁠Daripada 16 kontinjen penyertaan bagi tiga kategori pertandingan, kontinjen daripada JPKKP Kampung Sungai Ibok telah dipilih sebagai Johan bagi Kategori Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Komuniti Penduduk. Bagi kategori Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan telah dimenangi oleh kontinjen daripada SMK Seri Bandi. Manakala Johan bagi Kategori Ladang / Syarikat dimenangi oleh kontinjen daripada TDM Plantation Sdn. Bhd.

YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH mewakili Pengerusi KETENGAH telah hadir bersama-sama menyertai perarakan seterusnya menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah. Program telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan jamuan makan tengah hari.

Pengurus Besar KETENGAH dalam ucapannya berkata walaupun hadiah pertandingan yang disediakan tidak besar nilainya, akan tetapi semangat dan nilai-nilai murni yang dapat dihayati melalui sambutan hari kebesaran Islam ini amat penting bagi membentuk perpaduan dalam komuniti penduduk seterusnya mencapai hasrat kerajaan dalam mencapai gagasan Malaysia Madani.Β 

Beliau juga berharap program-program sebegini dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan dengan pengisian program yang dapat menarik penyertaan daripada pelbagai pihak dalam wilayah.Β 

Tahniah kepada semua pasukan kontinjen yang menyertai dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Program yang telah dilantik bagi menjayakan program sambutan kali ini. Terima Kasih Semua dan Salam Maulidur Rasul : Al Falah Pemacu Malaysia Madani.