logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

1000 Orang Penduduk Terima Manfaat

Penyiapan jalan baru menghubung Rumah Mampu Milik ke Jalan Siantan telah memberi manfaat kepada penduduk di Bandar Seri Bandi, Kemaman, Terengganu. Projek yang bermula pada 16 Julai 2024 telah siap sepenuhnya pada 2 Disember 2024 dengan jarak sejauh 368 Meter.

YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH hadir meninjau jalan berkenaan dan diberikan taklimat oleh Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan KETENGAH. Hadir sama Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dan pemimpin setempat.

Menurut seorang penduduk, jalan tersebut telah memudahkan mereka menghantar anak-anak ke sekolah tanpa melalui jalan utama yang sibuk. Kami juga rasa bersyukur dan lega dengan keselamatan anak-anak yang menunggang basikal ke sekolah.