Kursus Kemahiran Jahitan Industri

27 Mei 2022 – Dungun, Terengganu.
Seramai 20 orang suri rumah dan ibu tunggal daripada keluarga B40 telah selesai menjalani kursus intensif selama 6 hari mempelajari Modul Telekung dan Baju Korporat melaui Kursus Kemahiran Jahitan Industri di bawah Program Suri Impian (SURIA) bersama Syarikat Siti Khadijah.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah menjalani kelas Jahitan Industri dengan jayanya. Kursus ini juga untuk mendedahkan peserta dengan modul jahitan yang baru dan menjadikan mereka tenaga kerja mahir jahitan pada masa hadapan.

Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH telah menyempurnakan majlis perasmian penutup dan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta. Hadir sama Encik Mohd Fadhli bin Ab Hashim, Pegawai Eksekutif Pembangunan Bisnes daripada Siti Khadijah Apparel Sdn.Bhd. dan Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH.

Semoga program ini akan memberi manfaat kepada mereka dalam membantu menambahkan pendapatan keluarga miskin, miskin tegar serta berpendapatan rendah (B40).

Kursus Latihan Jahitan Industri
Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Fareez bin Idzlan

Artikel Lain