Ketengah Prihatin

Banjir gelombang ke-4 telah melanda Wilayah Ketengah yang  membabitkan sebahagian Daerah Dungun dan Kemaman pada 18 Disember 2020. Sehubungan itu, Skuad Ambik Cakne Ketengah telah diatur gerak dalam misi agihan kit bantuan banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) telah mengetuai misi tersebut. Sebanyak 342 kit bantuan telah diagihkan yang melibatkan 21 buah PPS dari 18 Disember sehingga 20 Disember 2020.

Bantuan kit bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. Pengurusan Ketengah sentiasa mengingatkan penduduk Wilayah Ketengah agar sentiasa berwaspada dalam menghadapi musim tengkujuh yang sedang melanda pantai timur khususnya.

placeholder
Tasik 340 Pulau
placeholder
[TRDI] Sasar 50 ribu pelancong sebulan ke Tasik Kenyir Tahun Hadapan

Artikel Lain