Bantuan dihulur ringankan beban.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dialami oleh keluarga Encik Rasdi bin Mat Noor apabila hampir keseluruhan rumahnya musnah dalam satu kebakaran pada 9 Jun 2019 (Ahad) di Taman Setia, bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah turun padang melihat sendiri keadaan rumah dan menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan. Hadir sama pada majlis tersebut pegawai-pegawai kanan KETENGAH. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan BOMBA dan Penyelamat.

Ingatan Tulus Ikhlas Dari KETENGAH
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 1444H/2019M.

Artikel Lain