Bantuan Pasca Banjir di Negeri Pahang dan Selangor

28 Disember 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah.

YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah mengetuai Misi KETENGAH Ambik Cakna Keluarga Malaysia untuk misi bantuan pasca banjir di Negeri Pahang dan Selangor. KETENGAH memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk membantu meringankan bebanan mangsa banjir di Selangor dan Pahang melalui tabung CSR Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Pengerusi KETENGAH, Senator Datuk Razali Idris, berkata 70 peratus atau RM270,000 diperuntukkan untuk membantu mangsa banjir Mentakab, Pahang manakala bakinya iaitu 30 peratus atau RM30,000 akan disalurkan ke Selangor.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM100,000 akan digunakan untuk menyediakan bakul makanan mengandungi pelbagai barangan keperluan utama dan akan diagihkan kepada 1,000 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Seramai 40 anggota skuad banjir KETENGAH Ambik Cakne akan dihantar untuk melakukan kerja pembersihan kediaman di Mentakab, Pahang.

“Kita akan menggunakan sebanyak 15 pancutan air berkuasa tinggi menggunakan enjin diesel yang setiap satunya bernilai RM2,000 bagi melakukan kerja pembersihan lumpur di kediaman mangsa banjir di Mentakab, Pahang,”

Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021
Memartabatkan Seni Silat di Wilayah KETENGAH

Artikel Lain