Bantuan Tabung amanah Masyarakat KETENGAH

KETENGAH tidak putus-putus membela nasib golongan yang kurang berkemampuan dimana, Masyarakat KETENGAH DUN Kijal Kemaman pula dibantu melalui majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH pada 15 Julai 2014 bertempat di dewan orang ramai Bandar Seri Bandi, Kemaman. Seramai 182 orang Ketua Isi Rumah menerima bantuan masing-masing yang berupa wang tunai RM 300 dari Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Beliau berkata gunalah sebaik-baiknya wang yang diberikan agar dapat dimanafaatkan sepanjang Ramadhan ini dan sempena menyambut Aidilfitri nanti. Jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan untuk DUN Kijal yang melibatkan ketua isi rumah, golongan sakit melarat dan pelajar miskin ialah RM 107,100,00. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tuan haji Wan Abdul Rahman bin Wan Ahmad Timbalan Pengurus Besar Operasi, Tuan Haji Omar bin Ismail Timalan Pengurus Besar Pembangunan, Pengurus Pengurus Bahagian dan juga pegawai-pegawai KETENGAH. Pengurus Besar kemudiannya menghadiri majlis berbuka puasa bersama masyarakat bertempat di Masjid Bandar Seri Bandi Kemaman.

placeholder
Majlis Berbuka Puasa Wilayah KETENGAH
placeholder
Bantuan Tabung amanah Masyarakat KETENGAH

Artikel Lain