BENGKEL BAJET PEMBANGUNAN ROLLING PLAN KEDUA (RP2) TAHUN 2022

Bengkel Bajet Pembangunan RMKe-12 Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2022 telah diadakan pada 10 hingga 12 Disember 2021 bertempat di Fraser Place Puteri Harbour, Johor. Seramai 34 orang pegawai telah terlibat dalam Bengkel ini yang terdiri daripada Pengurusan KETENGAH, Pegawai Bajet Bahagian dan Jabatan Kerja Raya (JKR) KETENGAH.

Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel ini adalah menilai keberkesanan pencapaian program atau projek yang dilaksanakan pada tahun 2021 dan penambahbaikan, mengenalpasti dan memuktamadkan subprogram/projek, menentukan pelan tindakan dan unjuran pelaksanaannya agar dapat disiapkan mengikut jadual dan menetapkan Key Performance Indicators (KPI) setiap program.

Pengiktirafan Emas Santuari Kelah Tasik Kenyir di MTCGA 2021
Monsoon Casting Tournament 2021

Artikel Lain