Bengkel Hala Tuju Pelancongan KETENGAH Tahun 2019

Pada 10 hingga 11 Februari 2019, telah berlangsung satu bengkel Hala Tuju Pelancongan KETENGAH Tahun 2019 bertempat di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah menghimpunkan penggerak pelancongan bagi memberi input ke arah memajukan sektor pelancongan wilayah KETENGAH dan menyediakan satu kerangka pelan strategik serta mengenalpasti fokus area agar dapat memaksimakan dan membangunkan sumber secara holistik mengikut Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar. Seramai 52 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang melibatkan sebanyak 15 agensi kerajaan persekutuan dan negeri, Ketengah holding Sdn Bhd dan persatuan-persatuan pelancongan Terengganu. Majlis Penutup bengkel telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (operasi) KETENGAH.

 

placeholder
Harga Tiket Santuari Kelah Tasik Kenyir 2019
Kunjung Hormat KEDA ke KETENGAH

Artikel Lain