Bengkel Lean 5S

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telahpun menerima Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) pada tahun 2010. Bagi mempertingkatkan pelaksanaan 5S di KETENGAH, Pengurusan KETENGAH telah bersetuju untuk menambah baik Pensijilan 5S dengan memperkenalkan Advance 5S melalui Pengurusan Lean (Lean Office) dalam sektor perkhidmatan yang melibatkan kepada Proses Kerja dan Prosedur di KETENGAH. Program Lean ini akan mampu mempertingkat lagi prestasi organisasi dan impak pelaksanaan yang lebih signifikan dalam mengurangkan pembaziran disamping mempercepatkan proses penyampaian dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan. Selaras dengan itu, KETENGAH telah mengadakan Bengkel Pengurusan Lean yang bertempat di FELDA Residence, Kuala Terengganu. Bengkel ini diadakan selama dua hari yang bermula dari 28 Februari hingga 1 Mac 2015. Semasa sesi perbentangan projek, Pengurus Besar KETENGAH ,Tuan Haji wan Mat Amin bin Wan Daud, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan Haji Omar bin Ismail dan Pengurus Pengurus Bahagian turut hadir dalam majlis tersebut.

placeholder
myRezeki Fest 2015 Siri 2
placeholder
KETENGAH terima pengiktirafan SAGA

Artikel Lain