Bengkel TOT Pementoran KETENGAH

Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah dipilih oleh Pihak Pengurusan sebagai mentor dan menti dan telah menghadiri Bengkel TOT Pementoran KETENGAH pada 11 hingga 12 Februari 2019 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi.

Bengkel selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Rahmah binti Omar, Pegawai Psikologi KPLB.

Program Pementoran yang dicetuskan oleh pihak KPLB merupakan program pembelajaran berterusan yang mampu memperkasakan pegawai-pegawai yang berpotensi besar dalam sesebuah organisasi. Program ini melibatkan proses perkongsian kesepakaran dan kemahiran secara berstruktur di antara pegawai yang lebih berpengalaman dengan pegawai yang ingin meningkatkan kompetensi dalam dunia kerjaya mereka.
 
Pelaksanaan program pementoran adalah bertujuan untuk :
i) Membimbing pegawai yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial
ii) Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personel, 
sosial,budaya dan professional
iii) Membina keperibadian tinggi di kalangan warga organisasi
iv) Menerapkan amalan pembelajaran berterusan
v) Meningkatkan imej dan reputasi pegawai dalam organisasi. 
 
Pelantikan bagi mentor dan menti adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KPLB. Program ini akan dilaksanakan bermula pada Februari 2019 hingga Ogos 2019 di semua agensi di bawah KPLB.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Watikah Pelantikan Mentor dan Menti telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.

Kunjung Hormat KEDA ke KETENGAH
APC KPLB Tahun 2018

Artikel Lain