Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan merupakan program ziarah Pengurusan KETENGAH kepada kakitangan dan pesara KETENGAH yang kurang bernasib baik dan mengalami masalah kesihatan.

Dalam program ini, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa telah menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai bagi membantu meringankan beban menghadapi bulan Ramadan. Turut hadir, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KETENGAH, To’ Puan Anizal Yusoff.

Selain itu, semoga program ini dapat mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.