Satu sesi Kunjungan Hormat TM One ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diadakan pada 15 Februari 2024 (Khamis) yang diketuai oleh Tuan Haji Muhamad Ridwan bin Ibrahim Ketua TM One Terengganu. 

Rombongan tersebut telah disambut oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa Pengurus Besar KETENGAH. Manakala sesi perkongsian teknologi telah diadakan di Bilik persidangan yang dipengerusikan oleh Encik Hazroll Eizwal bin Jasni Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 

Pertemuan dua hala ini bertujuan memperkukuhkan Kerjasama strategik dan membincangkan sistem aplikasi SmartMap Data . Rombongan juga telah dibawa melawat ke Muzium Bukit Besi bagi melihat penggunaan teknologi yang boleh digunakan disana bagi menarik lebih ramai pengunjung.