KETENGAH telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Wilayah KETENGAH Sempena Peristiwa Israk & Mikraj 1445H/2024M secara serentak di 5 perbandaran KETENGAH dengan tajuk “Syafaat Rasulullah, Pembuka Pintu Syurga”.

Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA (Nabi Muhammad SAW) pada suatu malam hari, dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (Kekuasaan dan Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha mendengar lagi Maha melihat” (Surah Al-Isra’, Ayat 1)

Antara peristiwa penting dari peristiwa ini, Rasulullah SAW mendapatkan perintah secara langsung tanpa perantara dalam suruhan mengerjakan solat lima waktu.

Program kali ini menampilkan penceramah terkenal tanah air dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat.