Bubur Asyura Eratkan Ikatan Silaturrahim

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Program KETENGAH Bersama Komuniti Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH Tahun 2018. Sebanyak 72 Buah Kawah Bubur Asyura telah berjaya dimasak membabitkan tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Pada 7 Oktober 2018, program ini telah dijalankan bertempat di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Program yang dijalankan secara gotong-royong ini berlangsung meriah dan ceria sekali dengan kelainan idea mahupun resepi yang ditonjolkan oleh setiap peserta.

Program ini turut menarik minat pelancong yang bertandang ke Tasik Kenyir yang mana mereka turut sama memeriahkan acara tersebut.

 

 

 

 

Penyerahan Insurans Berkelompok
placeholder
Tawaran penyewaan dan pengoperasian kemudahan limbungan (dockyard) di Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Artikel Lain