Header Portal

OFFICIAL PORTAL

CENTRAL TERENGGANU DEVELOPMENT AUTHORITY

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Email: ketengah@ketengah.gov.my

Logo

Logo KETENGAH

Logo ini mencerminkan identiti, kekuatan dan aspirasi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah sejak tahun 1976.

MAKSUD REKA BENTUK

HURUF “K”

Asas kepada logo ini ialah huruf “K” dalam dimensi grafik sebagai huruf pertama bagi ejaan nama KETENGAH. Keseluruhan lakaran logo ini memberikan imej teguh, padu dan dinamik yang melambangkan KETENGAH sebagai sebuah agensi yang kukuh dan menjadi tempat bernaung kepada penduduk khususnya di wilayah KETENGAH dan Negeri Terengganu amnya.

PUNCAK KE ATAS

Bentuk binaan yang membentuk satu puncak tajam ke atas di samping melambangkan pembangunan fizikal, juga menunjukkan KETENGAH mempunyai satu matlamat untuk menjayakan pembangunan di luar bandar selari dengan hasrat mewujudkan kawasan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan.

GARISAN MELENGKUNG

Bentuk lakaran dua garisan melengkung pula menunjukkan pembangunan seimbang iaitu di antara pembangunan fizikal dan manusia. Ia juga melambangkan kesan pergerakan yang memanifestasikan kemajuan serta kesediaan ketengah melaksanakan anjakan paradigma bagi memaksimunkan impak pembangunannya.

MAKSUD WARNA

MERAH

Warna merah melambangkan semangat yang jitu serta kesungguhan KETENGAH dan kakitangannya di dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang.

BIRU

Warna biru pula melambangkan perpaduan serta penekanan KETENGAH kepada ketinggian produktiviti, kemakmuran dan kedamaian di wilayahnya.

TAPAK LOGO

Tapak yang membentuk asas logo ialah perkataan KETENGAH merupakan singkatan nama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yang telahpun dikenali ramai dan digunakan dengan meluas semenjak tahun 1976.

SEJARAH PELANCARAN

Logo ini dilancarkan sempena Sambutan Hari Kualiti KETENGAH 2003 pada 23 Oktober 2003 oleh Y.Bhg. Dato’ Idris Jusoh, Bekas Pengerusi KETENGAH.

Contact Us

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Visitor Stats

Today
247
This Month
17,182
Total
3,962,062

Updated: 30 September 2026

    © 2026 Central Terengganu Development Authority. All rights reserved.