FAQ PKPB KPLB Bilangan 3 (KETENGAH)

PKD_Terengganu
Jom! Daftar Segera Program Imunisasi Covid-19 di PKD
03/06/2021
3 INSENTIF BANTU PENDUDUK WILAYAH KETENGAH.
09/06/2021

FAQ PKPB KPLB Bilangan 3 (KETENGAH)

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR BILANGAN 3

11. Adakah KETENGAH beroperasi seperti biasa?
KETENGAH akan beroperasi secara separa bermula 25 Mei 2021 jam 8.00pagi – 5.00 petang. Sehubungan dengan itu, sebarang urusan di KETENGAH adalah digalakkan mengadakan temu janji terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat dengan menghubungi pegawai yang terlibat atau talian hotline KETENGAH di 013-9440009 dan 019-9365395.
22. Adakah perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan kebersihan kawasan di perbandaran KETENGAH masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan?
Perkhidmatan ini masih beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan dengan langkah–langkah pencegahan.
33. Adakah perkhidmatan kaunter kutipan bayaran masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
Kaunter bayaran ditutup dan sebarang bayaran ditangguhkan dan boleh dibuat selepas tempoh ini tanpa apa-apa cas.
44. Adakah kemudahan awam seperti Balai Orang Ramai (BALORA), dewan orang ramai dan kompleks sukan masih dibuka untuk sewaan dan penggunaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, kemudahan awam tersebut masih ditutup kepada sewaan dan penggunaan orang ramai sepanjang tempoh PKP memandangkan melibatkan aktiviti sukan indoor.
5 5. Adakah kawasan–kawasan pelancongan dalam Wilayah KETENGAH termasuk di Tasik Kenyir masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Pengoperasian kawasan-kawasan pelancongan ini ditutup kepada orang ramai sepanjang tempoh ini.
66. Adakah kilang–kilang sawit dan kuari di bawah syarikat anak KETENGAH masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Kilang–kilang sawit di bawah syarikat anak KETENGAH beroperasi berdasarkan saranan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang melihat industri sawit menyumbang kepada rantaian bekalan berkaitan penyediaan perkhidmatan perlu seperti pembekalan minyak masak dan pembekalan peralatan perubatan seperti sarung tangan (gloves) dan kateter (catheter). Sementara kuari ditutup sepanjang tempoh ini.
77. Adakah pengoperasian Kelab Golf Bukit Besi (KGBB) beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Kelab Golf Bukit Besi ditutup kepada orang ramai. Walau bagaimanapun perkhidmatan kaunter masih beroperasi secara talian dengan menghubungi talian 09-8332187.
88. Adakah program–program kemasyarakatan yang telah dirancang untuk dilaksanakan oleh KETENGAH dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih diteruskan?
Program–program ini ditangguhkan pelaksanaannya sepanjang tempoh ini.
99. Adakah projek–projek pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh KETENGAH masih berjalan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, projek-projek pembinaan yang tidak tersenarai dalam perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan beroperasi oleh MKN boleh memulakan kerja-kerja pembinaan dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
1010. Saya telah membuat tempahan dan bayaran tiket ke Santuari Kelah, Tasik Kenyir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Adakah saya boleh membuat tuntutan semula bayaran tersebut?
Tempahan yang dibuat digalakkan ditunda ke satu tarikh yang lain bagi membolehkan tempahan yang dibuat tidak dibatalkan. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab di talian 09-6221276 atau 010-5381276.
1111. Adakah perkhidmatan pelancongan di Tasik Kenyir seperti house boat dan bot laju beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Perkhidmatan ini tidak beroperasi dalam tempoh ini kerana dikategorikan dalam perniagaan dan aktiviti yang tidak dibenarkan beroperasi oleh MKN.
1212. Adakah aktiviti Pasar Malam atau Pasar Tani di kawasan Wilayah KETENGAH beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Aktiviti ini masih tidak beroperasi dalam tempoh ini kerana dikategorikan dalam perniagaan dan aktiviti yang tidak dibenarkan beroperasi oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
1313. Saya merupakan penyewa premis perniagaan di bawah KETENGAH yang menjalankan perniagaan kedai makan. Adakah saya boleh menjalankan operasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?
Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, restoran, medan selera dan gerai makan dibenarkan beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
1414. Saya merupakan penduduk di perbandaran KETENGAH. Sekiranya berlaku kebocoran sistem kumbahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan pembaikan daripada KETENGAH?
Boleh. Perkhidmatan ini masih beroperasi seperti biasa dan sebarang aduan boleh dikemukakan secara atas talian melalui emel ketengah@ketengah.gov.my atau menghubungi pegawai bertanggungjawab di talian 019-9133401.
1515. Adakah KETENGAH menyediakan pengecualian bayaran bagi sewaan Premis Perniagaan KETENGAH dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19?
Ya, KETENGAH menyediakan pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan KETENGAH dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
1616. Siapakah yang layak mendapat pengecualian bayaran bagi sewaan Premis Perniagaan KETENGAH dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 ini?
Usahawan dan peniaga yang menyewa premis perniagaan KETENGAH dan menjalankan perniagaan bukan penting (non-essential) yang tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak mendapat pengecualian bayaran ini KECUALI Badan-badan Kerajaan, persatuan dan sebagainya adalah TIDAK LAYAK.
1717. Adakah KETENGAH menyediakan insentif penangguhan bayaran sewa/sewa beli rumah kediaman KETENGAH akibat penularan wabak COVID-19?
Ya, KETENGAH menyediakan insentif penangguhan bayaran sewa/sewa beli rumah kediaman KETENGAH secara automatik. Penangguhan ini akan melibatkan penjadualan semula Jadual Pembayaran Sewa/Sewa Beli sedia ada.
1818. Siapakah yang layak mendapat insentif penangguhan bayaran sewa/sewa beli rumah kediaman KETENGAH ini?
Semua penyewa dan pembeli rumah kediaman KETENGAH yang menandatangani Dokumen Perjanjian yang sah dan masih dalam tempoh penyewaan atau sewa beli.
Font Resize
Contrast